"Tanda 100 hari sebelum meninggal"
Ini
adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan
disadari oleh mereka yang dikehendakinya. Walau bagaimanapun semua orang
Islam akan mendapat tanda ini cuma saja mereka sadar atau tidak. Tanda
ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar.
Seluruh tubuh iaitu dari
hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau
seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja
disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti, kita akan mendapati
daging tersebut seakan-akan bergetar.
Tanda ini rasanya lezat dan bagi mereka yang sadar dan berdetik di hati bahwa mungkin ini adalah tanda mati, maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sadar akan kehadiran tanda ini.
Bagi mereka yang tidak diberi kesadaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu saja tanpa sembarang manfaat.
Bagi yang sadar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.
"Tanda 40 hari sebelum hari mati"
Tanda
ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan
berdenyut- denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan
gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat
maut akan mengambil daun tersebut dan mulai membuat persediaannya ke
atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.
Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas
lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan
seakan- akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma
seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan
jumlah nyawa yang akan dicabutnya.
"Tanda 7 hari"
Adapun
tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah
kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan, secara tiba-tiba ia
berselera untuk makan.
"Tanda 3 hari"
Pada
ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu
diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan, maka
berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak
najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita
nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan
bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan- lahan jatuh dan ini
dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan
layu dimana bagian ujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak
kakinya yang terlunjur akan perlahan- lahan jatuh ke depan dan sukar
ditegakkan.
"Tanda 1 hari"
Akan
berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan
di sebelah belakang yaitu di kawasan ubun- ubun di mana ini menandakan
kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
"Tanda akhir"
Akan
terjadi keadaan di mana kita akan merasakan sejuk di bagian pusat dan
rasa itu akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian
halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah Syahadah dan
berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput
kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang
akan mematikan pula.Sesengguhnya mengingati mati itu adalah bijak.
sumber:http://www.isdarmady.com/
0 komentar:
Posting Komentar